Showing posts with label Panduan Mommies. Show all posts
Showing posts with label Panduan Mommies. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Kenali Jaundis/Demam Kuning bayi dan puncanya

Demam Kuning Jaundis


Jaundis adalah istilah kepada demam kuning. Kebanyakan bayi mudah terkena Jaundis dan berapa peratus aje bayi bernasib baik tidak terkena jaundis. Jaundis sebenarnya tidak berbahaya kecuali bacaannya terlalu tinggi sehingga perlu mendapatkan rawatan pertukaran darah . Kes ni memang terjadi, anak saudara saya terpaksa tukar darah berbotol-botol sebab bacaan jaundis terlalu tinggi, kata ibunya Mungkin darah anak dia tak sesuai so terpaksa ganti darah lain..Memang kesian. 

Kalau nak tahu, Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan.
Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis

Pemberian air kosong yang kononnya untuk mempercepatkan penyingkiran bilirubin melalui air kencing adalah salah.Bilirubin disingkirkan 2% dari air kencing manakala 98% dari air besar.

Punca Bayi Mudah Terkena Jaundis Apabila..
1 Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan,
1 Berat yang kurang
1 Berbezaan darah ibu dan bayi berisiko
1 Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
1 Mempunyai darah jenis O

Jaundis yang berpangjangan
Apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Peringatan!!
Jangan memberi bayi baru lahir susu kambing, pernah terjadi susu kamping meningkatkan bacaan jaundis.
Pastikan kerap menyusukan bayi setelah  bayi  adalah susu ibu sahaja. Kejutkan bayi untuk menyusu. Kebiasaanyan bayi yang menghidap jaundis mudah mengantuk dan kerap tidur.

CADANGAN :-
Ibu dinasihatkan tidak mengambil apa-apa jamu sepangjang tempoh bayi jaundis kerana jam/ ubat tradisonal  boleh meningkatkan bacaan suhu jaundis. Memang bab ni ibu-ibu dah pening kan Jamu dah beli beratus-ratus tapi tak boleh makan pulak.

Saya nak nasihatkn ibu-ibu kat luar sana Boleh cuba set bersalin/ berpantang dari Shaklee.. Saya pun ambil set ni, bayi saya terkena jaundis tapi saya tak rungsing sebab saya buat persediaan yang lebih awal mengambil set bersalin Shaklee ni. Makan terus walaupun bayi terkena jaundis.. 

So Masa dalam pantang saya lebih sihat & bertenaga. Duit keluarkan beli produk ini pun berbaloi. Jom baca keistimewaan Set Berpantang/Bersalin Shaklee ni..


Continue Reading...

Saturday, September 21, 2013

Ketahui Cara Kurangkan Bayi Muntah Susu


Susu bayi

Bayi muntah susu semasa penyusuan ataupun selepas penyusuan memang merisaukan saya. Saya juga risau bila bayi saya muntah. Lebih kesian bila bayi itu muntah sampai merah padam muka dia dan ada yang muntah sampai keluar dari hidung.. Bertapa seksanya bayi ketika itu. Saya juga tak dikecuali menerima masalah tu sebernaya. Tapi bayi saya tak kerap Cuma dia akan muntah bila perutnya tak selesa.
Mana mommies yang tak tau cara macam mana nak atasi bayi yang selalu muntah ni. Boleh lah baca & boleh dijadikan panduan sikit.

10 Panduan Untuk Kurangkan Bayi Muntah Susu

1. Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian terkini menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah (Carroll 2002, Secker 2002, Craig 2004]. Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi mengiring atau meniarap semasa bayi masih terjaga (Secker 2002). Namun, posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).

2. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri (upright nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.


3. Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payu dara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.


4. Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau tanggalkannya.

5. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Hal ini kerana tangisan merupakan tanda terakhir bayi lapar. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup. Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu. Habiskan penyusuan di satu payu dara terlebih dahulu dan tunggu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap walaupun kelihatan tidur (bayi separa sedar). Ketika ini, ibu boleh alihkan bayi ke payu dara sebelah lagi sehingga dia betul-betul terlena. Elakkan menukar bayi ke payu dara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Ketahuilah, perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.

6. Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan, banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko muntah. Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.

7. Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payu dara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.

8. Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein. Jika itu penyebabnya, elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Untuk pengetahuan, protein susu lembu boleh hadir di dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mendapat alahan perut.

9. Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukkan bayi dengan susu akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah kecil). Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payu dara. Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.

10. Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.
Selamat Mencuba... ^_^


Continue Reading...

Thursday, September 19, 2013

Cara urutan untuk bayi yang kembung perut


Kembung


1) Cara Urut di perut
Letakkan minyak bayi tak kisah telon yuyee & sewaktu denganya.Letakkan tangan pd perut, urut secara membulat dari atas perut bayi dengan mengikut arah jam dan diikuti dgn tangan kiri. Ulang bayank kali sampai bayi kentut.

2) Urut menggunakan lutut. Posisi perut bayi dilutut anda. Anda perlu bersila, kumudian tiarapkan bayi dengan lutut anda bertemu perut bayi. Tepuk dan urut belakang bayi beberapa kali supaya angin keluar (kaedah ini lebih kurang menungku perut bayi)

Atau

3) Urut perut bayi bentuk love dan L terbalik (urutan baby johson). Urut jari dan tapak kaki dan urut belakang paha bayi dengan menggunakan jari anda. Setelah selesai rapatkan lutut bayi ke perut untuk proses membuang angin.
SELAMAT MENCUBA anda boleh mengunakan kaedah mana yang berhasil okk.. J
Continue Reading...

Wednesday, September 18, 2013

Punca Susu Badan Kering dan Merundum


susu badan

Susu merumdum memang merisaukan semua mommies, Bila dah jadi macam tu mulalah search kat google cara jalan penyelesaiannya atau Tanya mak-mak kita apakah pertua yang bagus untuk menambahkan air susubadan. Kadang-kadang ada yang menjadi dan kadang-kadang hasilnya tak seberapa.

Susu merundum ata susu kering paling saya takutkan selepas bersalin. Alhamdulillah saya dapat menyusukan bayi sepenuhnya selepas bersalin tanpa bantuan susu formula. Hasilnya Bayi sihat,Kulit pun Cantik dan tak banyak meragam. Rahsia saya ada Set Penyusuan Shaklee, Susu badan jadi banyak dan pernuh zat untuk diberikan kepada bayi saya.. Sememangnya susu ibu banyak kepentingannya nak-nak bila bayi di sahkan terkena Jaundis..

Masa tu bertapa pentignya susu ibu ni. Set berpantang Shaklee juga amat membantu, buang  semua jamu dalam kamus hidup saya dengan menggantikan Set berpantang moden  Shaklee. Kenapa saya pilih set itu? Sebab..  boleh guna terus walaupun bayi terkena jaundis dan set berpantang itu juga boleh digunakan untuk menambahkan air susu badan kita agar susu badan tidak kering & merundum.Berbalik topic asal, Apakah punca utama Susu Badan merundum dan kering terus..

Punca Susu badan  Merundum / Kering

1. Pam yang tidak kerap
Tahukah anda, untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 jam sekali. Jangan bosan dan putus asa perah susu atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.

2. Period
Period menyebabkan darah keluar yang menyebabkan cecair akan hilang dari tubuh disebabkan 70% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan mudah merudum.

3. Kurang makan dan minum
skip meals menjadikan tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. kekurangan nutrisi menyebabkan tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Minum Sekurang-kurangnya 3L sehari bagi memudahkan penghasilan susu

4. Anak dah mula makan ‘solid’
Anak mula makan ‘solid’, secara automatik anak akan kurang menyusu. Oleh itu Ibu boleh kerapkan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus

5. Ibu Stress
Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.


~ Tips untuk mengelakan susu merundum & kering~

Untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makanan ber protein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu, anda boleh dapat Energizing Soy Protein (ESP) Ia merupakan sumber protein yang tulen, bebas lemak dan bebas kolesterol dan juga melengkapkan keperluan protein dalam tubuh badan



Oppss.. Tunggu dulu.. jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Produk ini!!. Setiap Pembelian produk Penyusuan dengan saya anda layak menerima FREE GIFT & SPECIAL HARGA & Pelbagai Promosi.. Tawaran ini hanya dikedai saya sahaja dan mungkin anda tidak dapat ditempat lain.So rugilah anda lepaskan peluang ini..






Continue Reading...

Wednesday, September 4, 2013

Bayi ku Sembelit



Sembelit



Apabila bayi menyusu badan, tidak mustahil jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari. Anda seharusnya hanya berjumpa doktor jika keadaan ini berpanjangan lebih daripada seminggu. Jika bayi terpaksa meneran semasa membuang air besar, letakkan dia dalam kedudukan yang paling selesa selain berbaring. Jumpa pakar pediatrik jika dia menyusu badan dan tidak buang air besar selama empat hari atau bayi sakit semasa membuang air besar. Jangan Cuba sebarangan terapi sendiri

Tahukah anda?

~ Najis akan menjadi lembut selepas bayi mula mengambil sayuran dan buah-buahan.

~ Bawa bayi anda untuk diperiksa oleh doktor dengan segera jika terdapat darah pada najis, najis cair melebihi 2 kali sehari atau terdapat lebih banyak najis selepas setiap penyusuan.




** Pelbagai Info & Panduan di FB Pages Mama Shop
Continue Reading...

Kenali apa itu Keruping kepala bayi




Keruping berwarna putih dan berminyak ini terbentuk pada kepala bayi jika tidak dirawat, keruping akan merebak di seluruh kulit kepala. Anda boleh melembutkan keruping tersebut pada waktu malam dengan menyapu minyak badam dan membersihkannya pada keesokan hari.


** Pelbagai Info & Panduan di FB Pages Mama Shop

Continue Reading...

Kenali Zon Kaki bayi


Bayi Comel

Klik gambar untuk lebih jelas


kenali Zon-zon tertentu bagi mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Cuba lah buat urutan yang lembut & Penuh kasih sayang, Pasti Bayi anda akan tenang seketika & silap-Silap dia akan tertidur dengan sendirinya ^^,


** Pelbagai Info & Panduan di FB Pages Mama Shop

Continue Reading...

Friday, August 30, 2013

Kesilapan yang Sering buat bila pegang tangan anak

tangan


Lihat gambar di atas, situasi ni selalu je kita lihat, tapi kadang-kadang kita tak perasan benda ni boleh mengundang bahaya kepada anak anda. So sape2 yang dah mempunyai anak-anak, take noted k.. yang bujang pun kena ambil tahu juga, mana tahu selalu main-main cak2 ngan anak buah ke. Top2 tersalah pegang lak.. bahaya tu 


~ Just Sharing is caring  ~


Continue Reading...

Hot Product