Bayi muntah susu semasa penyusuan
ataupun selepas penyusuan memang merisaukan saya. Saya juga risau bila bayi
saya muntah. Lebih kesian bila bayi itu muntah sampai merah padam muka dia dan
ada yang muntah sampai keluar dari hidung.. Bertapa seksanya bayi ketika itu.
Saya juga tak dikecuali menerima masalah tu sebernaya. Tapi bayi saya tak kerap
Cuma dia akan muntah bila perutnya tak selesa.
Mana mommies yang tak tau cara macam mana nak atasi bayi yang
selalu muntah ni. Boleh lah baca & boleh dijadikan panduan sikit.
10 Panduan Untuk Kurangkan Bayi Muntah
Susu
1. Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas
menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian terkini
menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah (Carroll
2002, Secker 2002, Craig 2004]. Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi
mengiring atau meniarap semasa bayi masih terjaga (Secker 2002). Namun, posisi
meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko
kematian bayi secara mengejut (SIDS).
2. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri
(upright nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia
dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.
3. Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan
payu dara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan
seterusnya mengelakkan bayi tersedak.
4. Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama,
pakaikan bayi baju yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau
tanggalkannya.
5. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda
lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Hal ini kerana tangisan
merupakan tanda terakhir bayi lapar. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap,
pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup. Anda boleh amalkan teknik memerah
susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi
dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih
tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu. Habiskan penyusuan di satu payu dara
terlebih dahulu dan tunggu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri.
Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan
mulut seperti menghisap walaupun kelihatan tidur (bayi separa sedar). Ketika
ini, ibu boleh alihkan bayi ke payu dara sebelah lagi sehingga dia betul-betul
terlena. Elakkan menukar bayi ke payu dara sebelah lagi terlalu cepat atau
kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Ketahuilah, perbuatan ini
akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
6. Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan,
banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga
menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby
sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko muntah.
Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin
yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk
menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.
7. Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payu dara.
Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya,
bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut,
mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
8. Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia
sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba
kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kolik
atau kembung seperti susu lembu dan kafein. Jika itu penyebabnya, elakkan
daripada mengambil makanan tersebut. Untuk pengetahuan, protein susu lembu
boleh hadir di dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mendapat alahan perut.
9. Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah
laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukkan bayi dengan susu akhir
(lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah kecil). Habiskan penyusuan
sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payu dara. Sebagai maklumat tambahan,
jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan
menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi,
kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.
10. Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan
risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan
bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.
Selamat Mencuba... ^_^
No comments:
Post a Comment