Monday, July 1, 2013

Kisah ku...

Coretan 1

Pengalaman aku masa pregnant anak pertama dulu cukup mencabar sebab terkena pulak bulan ramadhan, Puasa tetap puasa.. J tapi tenaga tetap kuat, Siap boleh masak untuk buka puasa & sahur lagi. Kalu nak tau, masa perut dah sarat 8 – 9 bulan selalu naik tangga ke tingkat 8. Bila orang tengok aku pun kesian. Terpaksalah, masa tu Lift kat umah selalu je problem sekarang dh ok cikit J. Tapi jgn tak caya aku boleh bawa perut ni.. hehe.

Tiba hari yang ditunggu, baby dalam perut ni dah tak sabar nak kuar. Masih segar lagi kat ingatan ni, Jam kul 01:00 am baby dah start main tending2 kat perut ni, kejab-kejab dia membulatkan dirinye.. tapi tak kerap,  2 jam selepas tu makin lama makin kerap aduh tak boleh tidur dah mata ni. Last2 gerak En Suami sebab lain macam rasa perut ni. Biasalah First time rasa tak tau rasa nk bersalin ni camne...

Bila En suami sedar dari mimpinye, kelam kabut juga bila dia lihat si istrinye dah sakit, nasib baik barang2 dah stanby. Due awal 2 hari.. Tepat jam kul 04:00 baru sampai hospital & doctor cek jalan, masa tu dah 4cm. So kenalh duk diam-diam2 kat katil tu. Hehe..lending & bersantai yelah baby tak nak kuar lg.. J

Tepat jam kul 05:00am aku kena masuk labour room. Waktu tu baru rasa sakit.Macam ni rasa masa mak kita bersalinkan kita, tiba2-tibalak teringat lak kat mak.. Masa nak tunggu baby kuar tiap-tiap minit aku baca surah bagi permudahkan proses keahiran ni, tak sangka 7cm baby dah nak kuar!

Alhamdulillah sakit tak lama Jam 08:56 am aku dah bersalin, tak sampai 1 hari pun duk hospital hanya 3 jam je, baby dah kuar.Amin.. Aku selamat melahirkan bayi lelaki yang beratnya 3.2kg, Mukanya sangat comel, putih, gebu dan kulitnye pink. Masa anakku lahir, memang dia tak teriak nangis macam bayi lain, ek ek je dengar suara dia.. he2

Masa duk hospital, bayiku memang baik, tak meragam, bunyi budak nangis ke bising ke dia uat tak tau je.. baik budak ni dalam hati aku J Esoknya aku dah kuar hospital. Lega bayi sihat. Bila diingat balik mungkin pengalaman aku masa naik tangga & cergaskan diri waktu mengandung dan yang penting dekatkan diri padaNYA tu lah pertua mempercepatkan proses bersalinku.. Kulit baby yang cantik lak hasil dari minuman Shaklee iaitu ESP. Semua orang geram tengok dia.

Masa umur sebulan, badan dan tulang dia memang keras & tak lembik, 3 bulan dia berdiri tegap, kaki badan memang keras. Sekarang umur dah 4 bulan, Ramai cakap anakku senang dijaga sebab tak banyak kerenah dan menangis. Alhamdulillah mungkin sebab amalan kita waktu mengandung sentiasa ingat padaNYA. Petua masa aku mengandung aku amalkan makan kurma setiap hari masa kandungan 8 bulan ke atas, kalau makan dari awal lagi ok...Selain tu aku sering mimum air 30 juzuk al-quran agar bayi lembut hati.(Niat dalam hati) Selalu aku amalkan air Anugerah, Air Zafaran dari dato Fazilah Kamsah lagi ok elok untuk bayi dalam perut.

Tu sahaja yang  dapat aku share serba sedikit pengalaman masa menempuh saat bersalin& petua masa mengandung buat korang yang pertama kali jadi ibu macam aku ni... J


Jumpa lagi di episode lain..

No comments:

Post a Comment

Hot Product