Tuesday, September 24, 2013

Kenali Jaundis/Demam Kuning bayi dan puncanya

Demam Kuning Jaundis


Jaundis adalah istilah kepada demam kuning. Kebanyakan bayi mudah terkena Jaundis dan berapa peratus aje bayi bernasib baik tidak terkena jaundis. Jaundis sebenarnya tidak berbahaya kecuali bacaannya terlalu tinggi sehingga perlu mendapatkan rawatan pertukaran darah . Kes ni memang terjadi, anak saudara saya terpaksa tukar darah berbotol-botol sebab bacaan jaundis terlalu tinggi, kata ibunya Mungkin darah anak dia tak sesuai so terpaksa ganti darah lain..Memang kesian. 

Kalau nak tahu, Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan.
Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis

Pemberian air kosong yang kononnya untuk mempercepatkan penyingkiran bilirubin melalui air kencing adalah salah.Bilirubin disingkirkan 2% dari air kencing manakala 98% dari air besar.

Punca Bayi Mudah Terkena Jaundis Apabila..
Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan,
Berat yang kurang
Berbezaan darah ibu dan bayi berisiko
Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
Mempunyai darah jenis O

Jaundis yang berpangjangan
Apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Peringatan!!
Jangan memberi bayi baru lahir susu kambing, pernah terjadi susu kamping meningkatkan bacaan jaundis.
Pastikan kerap menyusukan bayi setelah  bayi  adalah susu ibu sahaja. Kejutkan bayi untuk menyusu. Kebiasaanyan bayi yang menghidap jaundis mudah mengantuk dan kerap tidur.

CADANGAN :-
Ibu dinasihatkan tidak mengambil apa-apa jamu sepangjang tempoh bayi jaundis kerana jam/ ubat tradisonal  boleh meningkatkan bacaan suhu jaundis. Memang bab ni ibu-ibu dah pening kan Jamu dah beli beratus-ratus tapi tak boleh makan pulak.

Saya nak nasihatkn ibu-ibu kat luar sana Boleh cuba set bersalin/ berpantang dari Shaklee.. Saya pun ambil set ni, bayi saya terkena jaundis tapi saya tak rungsing sebab saya buat persediaan yang lebih awal mengambil set bersalin Shaklee ni. Makan terus walaupun bayi terkena jaundis.. 

So Masa dalam pantang saya lebih sihat & bertenaga. Duit keluarkan beli produk ini pun berbaloi. Jom baca keistimewaan Set Berpantang/Bersalin Shaklee ni..


No comments:

Post a Comment

Hot Product