Jaundis adalah
istilah kepada demam kuning. Kebanyakan bayi mudah terkena Jaundis dan berapa
peratus aje bayi bernasib baik tidak terkena jaundis. Jaundis sebenarnya tidak berbahaya kecuali bacaannya terlalu tinggi
sehingga perlu mendapatkan rawatan pertukaran darah .
Kes ni memang terjadi, anak saudara saya terpaksa tukar darah berbotol-botol
sebab bacaan jaundis terlalu tinggi, kata ibunya Mungkin darah anak dia tak
sesuai so terpaksa ganti darah lain..Memang kesian.
Kalau nak tahu, Jaundis
berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah
kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan.
Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua
darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan
disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi
dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada
diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum
matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas
sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang
dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati
sebelum dikeluarkan ke dalam najis
Pemberian air kosong yang kononnya untuk
mempercepatkan penyingkiran bilirubin melalui air kencing adalah
salah.Bilirubin disingkirkan 2% dari air kencing manakala 98% dari air besar.
Punca Bayi Mudah Terkena Jaundis
Apabila..
1 Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan,
1 Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan,
1 Berat yang kurang
1 Berbezaan darah ibu
dan bayi berisiko
1 Mempunyai adik beradik yang menghidap
jaundis
1 Mempunyai darah jenis O
Jaundis yang
berpangjangan
Apabila keadaan kekuningan berlanjutan
sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi
pramatang. Ianya disebabkan oleh:
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk
jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi
ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
- Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus
yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat.
Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
- Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat
jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan,
semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan
darah tali pusat.
Peringatan!!
Jangan memberi bayi
baru lahir susu kambing, pernah terjadi susu kamping meningkatkan bacaan
jaundis.
Pastikan kerap
menyusukan bayi setelah bayi adalah susu ibu sahaja. Kejutkan bayi untuk
menyusu. Kebiasaanyan bayi yang menghidap jaundis mudah mengantuk dan kerap
tidur.
CADANGAN :-
Ibu dinasihatkan tidak
mengambil apa-apa jamu sepangjang tempoh bayi jaundis kerana jam/ ubat
tradisonal boleh
meningkatkan bacaan suhu jaundis. Memang bab ni ibu-ibu dah pening kan Jamu dah
beli beratus-ratus tapi tak boleh makan pulak.
Saya nak nasihatkn
ibu-ibu kat luar sana Boleh cuba set bersalin/ berpantang dari Shaklee.. Saya
pun ambil set ni, bayi saya terkena jaundis tapi saya tak rungsing sebab saya
buat persediaan yang lebih awal mengambil set bersalin Shaklee ni. Makan terus
walaupun bayi terkena jaundis..
So Masa dalam pantang saya lebih sihat &
bertenaga. Duit keluarkan beli produk ini pun berbaloi. Jom baca keistimewaan Set Berpantang/Bersalin Shaklee ni..